• ORDER FORM
  • LOVELY CUSTOMER
  • TIPS TINGKATKAN JUALAN CONTACT LENS


    ********* SAH UNTUK BACAAN AGENT DROPSHIPPING ECLS SAHAJA**********

    Disebabkan terdapat beberapa permintaan dari agen ECLS, Hari ni, sis akan kongsikan beberapa tips bagi menjana pendapatan jualan contact lens yang masyuk!!

    TIPS 1 : KUMPUL ORDER

    Kumpulkan order seberapa banyak yang boleh dan hantar order. Mesti alamat yang sama ok. SEBAB :- akan menjimatkan kos pos.

    TIPS 2 : KUMPULAN JUALAN

    Target kumpulan jualan anda seperti di kawasan rumah dan kawan2 rapat, facebook dll.

    TIPS 3 : SEDIAKAN KATALOG

    Buat catalog sendiri menggunakan microsft excel. Jika tak tahu, guna Microsoft word pun ok. Copy paste aje gambar dan senaraikan lens ikut jenis.

    Letakkan harga yang maksimum pada catalog anda. SEBAB :- Pelanggan tentu mahukan diskaun. Jadi kamu kena pandai2 la adjust harga supaya dapat keuntungan. Contoh, harga agen Lens POP C DARK (BROWN) : rm15 + rm6 (postage) = rm21. Harga Pada Katalog : rm45..harga jual : rm30/rm35. Untung – RM9 / rm 14 BUT If kamu kumpulkan order, dapat jimat kos pos dan untung pun lebih.

    Tapi, if kamu tak mahu letakkan harga pun tak kisah. IKut keperluan nak letakkan harga @ tidak.

    TIPS 4 : JUALAN DI FACEBOOK

    If kamu jual melalui Facebook, letakkan spesifikasi lens tu di bawah gambar. Tapi, kalau boleh jangan letak harga bagi menggalakkan orang membuat pertanyaan. Di situ kamu boleh tahu berapa ramai orang yang berkunjung ke facebook kamu melihat2 lens.

    Sekali sekala adakan promosi – means turunkan harga sedikit. Walaupun untung tak banyak, tapi at least ada juga orang buat pembelian dan dapat juga sedikit untung kan.

    Rerajinlah kamu SHARE gambar2 lens di facebook tersebut.

    TIPS 5 : KEPERCAYAAN

    Jangan sekali-sekali mendahulukan duit kamu membeli lens bagi mana-mana pelanggan. Tunggu sahaja pelanggan bayar. Tak kisah cepat atau lambat asalkan duit kamu selamat.

    Selain tu, kamu perlu sentiasa buat follow up pada customer sama ada sudah dapat lens atau belum @ komen2 lain seperti selesa, tahan lama dll. Lepas tu, korang print screen komen2 tu dan masukkan dalam album “KOMEN PELANGGAN @ lain2 ayat” kat dalam facebook/ blog. SEBAB :_ mewujudkan kepercayaan pada pelanggan untuk membeli.

    TIPS 6 : JADI MODEL

    Kamu sendiri mesti menjadi model lens tersebut means kamu kena pakai lens tu. Bila orang melihat kecantikannya, baru orang berminat nak beli dan percaya lens tu ok.

    TIPS 7 : AMBIL AGEN DROPSHIPPING

    Agen Dropshipping bermaksud, orang yang menjual lens bagi pihak kamu. Agen itu akan aktif mencari pelanggan bagi kamu dan kamu akan uruskan segala pesanannya untuk dihantar pada sis. Harga untuk agen, kamu kena adjust la ye.

    TIPS 8 : ADAKAN JUALAN MURAH @ DISKAUN DENGAN TEMA MENARIK

    Kadangkala, adakan jualan murah @ promosi @ diskaun contact lens kepada pelanggan anda menggunakan tema/ ayat yang menarik supaya dapat menarik perhatian mereka membeli.

    TIPS 9 : BERSABAR

    Tips yang paling penting, sentiasa bersabar melayan kerenah pelanggan.


    *********Sekian. Jika sis ada apa2 lagi info, sis update post ini oke**********

    No comments:

    Post a Comment