• LOVELY CUSTOMER
  • ASAS PENJAGAAN CONTACT LENS

    BACAAN EKSLUSIF DAN SAH UNTUK PELANGGAN DAN AGEN EMILIA COLLECTIONS LENS SALE SAHAJA!

    1) Kanta sentuh hendaklah sentiasa dibasmi kuman.

    2) Pastikan tangan anda dibasuh, dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum mengendalikan kanta sentuh anda.

    3) Sekiranya kanta sentuh anda telah disimpan melebihi tempoh 7 hari, kanta sentuh tersebut hendaklah dibersihkan dengan sempurna sebelum pemakaian yang seterusnya.

    4) Hendaklah sentiasa cuci dan bilas kanta sentuh anda sebelum penyimpanan dan pemakaian kanta.

    5) Guna larutan Kanta Sentuh yang sesuai seperti Complete, Renu Dll. kalau boleh, jangan beli larutan yang terlalu murah. Patuhi arahan pada bekas Larutan Kanta Sentuh.contoh : Ada yang selepas dibuka dalam jangka dua bulan, perlu tukar Larutan yang baru.

    6) Patuhi tempoh pemakaian dan penukaran kanta sentuh seperti yang telah ditetapkan. Pemakaian yang sebaiknya selama 8 jam. Jangan memakai kanta sentuh yang sudah menjangkaui tempoh pemakaian (dah tamat tempoh).

    Penjagaan Bekas Kanta Sentuh

    1) Pastikan bekas kanta sentuh anda sentiasa ditukar apabila mengunakan larutan Kanta Lekap yang baru.

    2) Pastikan bekas kanta sentuh anda sentiasa bersih dan kering selepas menggunakannya.

    Air Paip dan Keadaan Berisiko Tinggi Yang Lain

    1) Jangan sesekali menggantikan air paip sebagai larutan Kanta Lekap untuk penyimpanan, pembersihan atau pembilasan kanta sentuh anda. Ini kerana air paip mengandungi bakteria yang akan menyebabkan jangkitan pada mata.

    2) Jauhkan daripada terkena tempias air secara terus ke dalam mata, kanta sentuh dan bekas kanta sentuh anda.

    3) Pastikan anda tidak terdedah kepada sebarang pencemaran daripada kolam renang atau spa. Sekiranya anda ingin berenang dengan memakai kanta sentuh, anda dikehendaki memakai swimming goggles.

    4) Keluarkan kanta sentuh anda terlebih dahulu sebelum mandi atau pejam mata dengan kuat semasa membasuh muka dengan pemakaian kanta sentuh.

    5) Sekiranya anda memakai kanta sentuh semasa berenang, sebaik-baiknya kanta sentuh tersebut tidak digunakan lagi. Tetapi, sekiranya masih ingin menggunakan kanta sentuh tersebut, pastikan ia dibersihkan dan dibilas dengan baik sebelum memakainya semula.

    6) Elakkan menyimpan bekas and larutan pencuci kanta sentuh anda di tempat yang berkelembapan tinggi seperti di dalam tandas kerana tempat ini ter-dapat bakteria atau kulat yang boleh mencemarkan kanta sentuh melalui udara di persekitaran.

    7) Pastikan anda tidak membiarkan penutup bekas larutan terdedah kepada udara.

    8) Jangan mengisi semula larutan kanta Lekap pada bekas larutan yang lebih kecil.

    9) Pastikan anda memakai kanta sentuh terlebih dahulu sebelum memakai sebarang alat solekan. Sebelum membersih sebarang solekan, kanta sentuh haruslah dikeluarkan terlebih dahulu.

    10) Sekiranya simptom masih ada, segera rujuk kepada Doktor Mata.

    No comments:

    Post a Comment