• ORDER FORM
  • LOVELY CUSTOMER
  • CARA PEMAKAIAN KANTA LEKAP YANG BETUL


    Pemakaian Kanta Lekap (Contact Lens)

    Baru pertama kali memakai kanta lekap?
    Pemakaian kanta lekap yang salah bukan sahaja boleh mengganggu kerja, tetapi turut membawa kepada bahaya jangkitan mata.

    Cara Memakai Kanta Lekap
    • Basuh tangan setiap kali sebelum mengendalikan kanta lekap.
    • Cuci kanta terlebih dahulu menggunakan larutan khas pencuci. Mulakan pemakaian dengan mata kanan.
    • Letak kanta lekap di hujung jari telunjuk untuk memastikan kanta lekap adalah betul dan tidak terbalik. 
    • Kanta yang betul adalah berbentuk mangkuk bulat/melengkung sempurna.
     
    BETUL 
     
     

    SALAH/TERBALIK


      Tarik kelopak mata atas dengan jari tengah tangan yang tidak memegang kanta lekap dan tarik kelopak mata bawah dengan jari tengah tangan yang memegang kanta lekap.
    • Pandang ke cermin dan masukkan kanta lekap ke dalam mata.
    • Lihat ke bawah dan lepaskan kelopak mata anda secara perlahan-lahan.
    NOTA : 
    1. Jika anda rasa kanta lekap seperti bergerak-gerak dalam mata/pedih, bermakna kanta lekap anda TERBALIK.

    2. Jika anda rasa mata seperti berbiji2,tajam,bermakna kanta lekap anda TIDAK BERSIH & KOTOR. Walapun habuk kecil,tapi rasa macam ada batu besar dalam mata.
    Caranya : keluarkan semula dari mata dan cuci bersih2 sebelum pakai. Cara paling terbaik untuk memastikan habuk/kotoran ini ada tidak,halakan kanta lekap pada cahaya. Pasti anda akan nampak kotoran tersebut.

    3. Bagi pemakai kanta lekap kali pertama, anda dinasihatkan memakai kanta lekap selama 4 jam pada hari pertama. Selepas itu tempoh pemakaian di tambah selama 2 jam untuk setiap hari yang berikut iaitu 6 jam, 8 jam dan 10 jam. Tempoh pemakaian maksimum adalah 10 jam sehari.

    3. Dilarang tidur tanpa menanggalkan kanta lekap walaupun hanya 5-10 minit. dikhuatiri kanta lekap boleh masuk jauh ke dalam mata dan tidak melekap di anak mata. Tak pasal2 kena buat operation keluarkan kanta lekap tu (T.T)

    P/S : kini, pemakaian kanta lekap bukan hanya untuk orang yang mengalami masalah rabun tetapi orang yang tidak mempunyai masalah mata juga boleh memakainya sebagai fesyen. Di Emilia Collections Lens Sale, Lens yang dijual adalah terdiri dari power 0 sehingga 1000 dan mempunyai pelbagai jenis corak yang sangat menarik.Memang tak rugi mencuba. Cepat buat order anda sekarang!! :)

    HOT TIPS EXTRA!!!
    HOT TIPS UNTUK MY LOVELY CUSTOMER YANG PAKAI CONTACT LENS Emilia Collections Lens Sale
     JIKA ANDA BEKERJA DALAM SUASANA BERHAWA DINGIN / KEADAAN PANAS, PASTIKAN ANDA SEDIAKAN UBAT PENITIS MATA KHAS UNTUK CONTACT LENS A.K.A "LENS DROP" BAGI MENGELAKKAN MATA MENJADI KERING + MERAH. MACAM GAMBAR BAWAH NI, SIS PAKAI JENAMA COMPLETE & FRESH KON:) 
    KALAU ANDA NAK CUBA JENAMA LAIN PUN TAK PE, JANJI SELESA ! ^.^
     

    No comments:

    Post a Comment